Thursday 2 August 2012

..hilang..

assalamualaikum...

ni ada satu kisah seorg hamba Allah (sahabat saya)

"pergi la, lambat lagi ayah nak mati"
ini ungkapan terakhir dari seorang ayah kpd anaknya..

si fulan berangkat ke sebuah universiti di negeri selangor (untuk pendaftaran) dari perkarangan hospital (kedah) setelah ayahnya dikejarkan ke hospital kerana masalah kesihatan. sebelum berangkat pergi ke universiti, si anak berat hati untuk meninggalkan ayahnya yg terlantar di hospital, namun si ayah berkata "pergi la, ayah lambat lg nak mati". Si anak pun berangkat la pergi dengan perasaan yg bercampur antara bahagia dan risau, bahagia kerana dapat menymbung pelajaran, risau kerana meninggalkan ayah yang sakit.

kini si anak menjalani kehidupan yang baru di universiti.............

_sebulan berlalu_

18/6/2010
jam menunjukkan pukul 1pg, tp si anak  masih  fokus mengulang kaji pelajaran, tiba-tiba handphone dia berdering, panggilan masuk dari abangnya, tanpa rasa ragu lagi curiga, dia terus mengangkat telefonnya,
"ayah da tak ada" .... hanya Allah yang tahu bagai mana si anak ini rasa.........

*saya pun tak tahu knp saya terdetik nak tulis kisah sahabt saya ni kat sini... erm... ingat, org yang ada ibu bapa dengan org yang xada salah seorg dari keduanya atau org yg tak ada keduanya sekali, mereka ini berbeza, rasanya berbeza, hanya org yg mengalaminya yg tahu... maka, hormati mereka, taat mereka ketika mereka masih ada disisi kita, hargai mereka,

"dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu sekutukanNya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa" Al-nissa' (4) :36

ingat, redho Allah pada redho ibubapa.. =)..

Wednesday 1 August 2012

lamo oden xupdate bondo ni, hoho~~

assalamualaikum....
sedar xsedar kita da nak sampai tengah ramadhan... he3... blog ni dulu bnyk gak post2 sebenrnya, tp da clean smua da... malas rasanya nak main blog ni, tp syg la kan kalau xguna akaun yg da ada ni??? erm, xpe la... kita merapu la sikit ye... erm... tengah2 bulan puasa ni la result sem dua keluar, adoi, sebenrnya sekrg ni ngah tunggu ewadi (portal yg digunakan untuk cek result)  ewadi bgah jem, mgkin ramai sngt yg log in, ngah berdebar-debar ni, da hampir 5jam dah duk nunggu, tp still xleh bukak ewadi ni, agak tension disitu... erm... harap-harap la result sem ni maintain je, he3... 

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yg mengubah apa-apa yang pada diri mereka"

jika sem ni xdapat elok pon, xyah risau, sem depan kan ada lagi, usaha tngga kejayaan.. kita kena ingat, apa yg kita usaha, itu yg kita dapat, lagipon Allah tak tengok hasil kita, tp tengok perlaksanaan kita, usaha kita! he3... PNGK memg penting, tp PNGK tidak melambangkan diri kita yg sesungguhnya! ingat tu!!  sekrg da kul 4,28pg... da nak sahur da pon... result still xleh cek lagi... xleh tido nih... =|    

sebelum tangan ni makin laju duk menari atas keyboard ni, bek berhenti setakat ni je... ok... salam~~